Syyhhh~ Silent Readers

**THANKS VISIT MY BLOG. PLEASE, LEAVE UR COMMENT AND FOLLOW ME ^^ TQ. **

Saturday 21 April 2012

Tempat Yang Menyeramkan

Perkebunan Myrtles
Dibangunkan pada tahun 1796 oleh Jeneral David Bradford, rumah tua ini dikatakan dihuni oleh beberapa hantu. Menurut beberapa para pengkaji, sebanyak 10 pembunuhan berlaku di rumah tersebut tapi pengkaji  lain seperti Troy Taylor dan David Wisehart mengesahkan  hanya 1 pembunuhan yang terjadi di Myrtles.

Walau bagaimanapun, kedua pengkaji tersebut mengakui bahawa tempat tersebut benar-benar berhantu dan dapat dikategorikan sebagai salah satu tempat yang paling berhantu di dunia. Beberapa hantu yang dikatakan menghantui rumah tersebut ialah…
  • Cleo, seorang budak yang mati digantung kerana didakwa membunuh 2 orang gadis kecil (kes pembunuhan tersebut dan keberadaan  Cleo masih belum diketahui)
  • Hantu-hantu dari kedua-dua  gadis yang terbunuh tadi juga dikatakan menampakkan diri bermain2 di beranda rumah.
  • William Drew Winter  yang tinggal di Myrtles dari tahun 1860 hingga 1871 telah mati ditembak di tepi serambi rumah oleh orang tidak dikenali. Dengan keadaan yang  lemah longlai  dan bercucuran darah, Winter masuk ke dalam rumah dan mencuba menaiki tangga ke lantai dua tapi tidak berhasil. Akhirnya dia terjatuh dan sera merta meninggal  di tangga ke-17. Langkah2 kakinya menaiki tangga sebelum meninggal khabarnya masih  terdengar sehingga hari ini. (Hanya kematian Winter yang sudah disahkan)
  • Hantu2 dari budak2 yang lain sesekali menampakkan diri untuk menanyakan sekiranya ada pekerjaan di rumah yang boleh mereka bantu.
  • Piano besar  dalam rumah tersebut juga seringkali terdengar memainkan nada2 yang sama berulang kali dengan sendirinya.

No comments:

Post a Comment