Syyhhh~ Silent Readers

**THANKS VISIT MY BLOG. PLEASE, LEAVE UR COMMENT AND FOLLOW ME ^^ TQ. **

Saturday 12 May 2012

SELERA MEK ORANG

Kali ni teringin nak buat entri tentang makanan yang totally orang Sarawak buat.. Nampak macam simple tapi bagi saya ia sangat sedap, marveles, cantik menarik kau memang deBOM!!

Jom cekidaut!


1.  AYAM PANSUH aka MANUK PANSOH



picture by google



Buluh digunakan untuk memasak isi ayam yang ada di dalamnya. Isi ayam dan rempah ratus digaul rata dan diisi ke dalam buluh. Buluh akan dibakar atas bara api yang sederhana. Rasanya berbeza dengan kita membuat sup ayam kerana buluh memainkan peranan yang penting bagi membangkitkan rasa dan perisa isi ayam. 

picture by google

Ini merupakan gambar isi ayam yang telah masak dan boleh di hidangkan. Ia berwarna putih kekuningan. Mama saya berpendapat, jika kita 'memansuh' isi ayam kampung lebih seeedaaapp berbanding isi ayam daging tetapi isi ayam daging tetap sedap rasanya ^^

p/s : kepada rakyat Sarawak yang belum pernah merasa masakan ini - yobihhh.. rugi tak orang sik cerik koh.. nang antap aih!


2. UMAI aka SUSHI SARAWAK

picture by google

picture by google

Ha... ini merupakan makanan tradisi orang Melanau, Sarawak dan sekarang ramai yang menggemarinya. Gambar di atas ialah UMAI UDANG dan UMAI IKAN TENGGIRI. Kalau tidak salah, ada juga umai obor-obor. Namun, kebanyakkannya, umai udang dan umai ikan menjadi pilihan utama ^^

# Bawah ni cara untuk buat umai ikan tenggiri..

Campur bawang kecil ( 3 ulas ditumbuk ), bawang putih ( 3 ulas ditumbuk ) dan 
cili api ( 7/8 biji ditumbuk ) ke dalam isi ikan tenggiri ( dibuang tulang dan dipotong kecil ).

Masukkan jus limau kasturi (8/10 biji ambil jus dan kulit limau).

Gaul hingga sebati.

Campurkan hirisan bawang besar ( 2 biji dimayang halus ), halia ( setengah inci dihiris halus ) dan kulit limau kasturi tadi.

Akhir sekali campurkan garam secukup rasa dan gaul sekali lagi

So, Sedia untuk dimakan ^^





3. SAYUR MIDIN BELACAN GORENG

picture by google

Penyediaan nak goreng sayur ni sangat simple tapi superrrbbbbb seeedaaaappp! Sehingga menjilat jari~


4. TERUBUK MASIN

picture by google



picture by google

Pergh! yang ni ikan terpemes kat Sarawak. Kalau dengar je nama Sarawak, pasti yang bermain diminda 'IKAN TERUBUK MASIN' kan? Sebab Sarawak terutamaya di Kuching Utara, Pasar Satok PENGEDAR TEGAR ikan terubuk ni. hehe.. Di sini juga terdapat pelbagai jenis saiz ikan terubuk yang boleh dibeli dengan harga yang berpatutan. Selain itu, penyediakan pembungkusan ikan terubuk untuk hantar dan pos ke Semenanjung Malaysia juga ada ^^


5. MEE LAKSA SARAWAK

picture by google
picture by google

Laksa Sarawak memang pemes di negeri Bumi Kenyalang kerana rasa dan kepekatan kuahnya yang seeedaap *orang Sarawak cakap - nyaman.. Tetapi ia juga bergantung pada satu-satu kedai. Ada yang rasanya memang superb and ada juga kuahnya agak cair dan kurang rasa. Apa-apa pun, kalau singgah kat Sarawak, try la rasa Laksa Sarawak. Dulu, saya tak suka laksa Sarawak sebab kuahnya yang terlalu pedas dan pekat tetapi sekarangggg?? jadik HANTU LAKSA!


6. MEE KOLOK

picture by google
Berkunjung ke Sarawak, try dulu mee kolok ni. Nampak macam simple kan? tapi rasanya? sedap tau. Jangan tengok dan dengar pada namanya yang pelik. tapi cuba pada rasanya yang KAWW!


7. MEE JAWA

picture by google

Jeng..jeng..jengggg!! ni diaaaaa meeeee terfeveretttt semesta alam! Saya suka sangat makan mee jawa ni. Setiap kali Mama ajak keluar pergi ke pasar hujung minggu, saya akan pekena mee jawa. Di tempat saya Betong, Sarawak, banyak kedai yang menyediakan mee jawa tetapi ada satu gerai, kalau sebut saja gerai Manap, orang di kawasan tu semua tahu . Selalunya, sesiapa yang nak makan mee jawa akan pergi ke gerai Manap sebab rasa makanan nya yang sedap dan mee jawa nya A+++

.
.
.
.
.

Ya Allah.. masa tengah buat entri ni tengok makanan buat saya nak meleleh air liur pulak. isk! hehe ^^ tapi serius, menu-menu yang ada ni memang sedap tetarik kau memang deeebom!


Ok, done! Panjang pulak entri kali ni. Ni lah serba sedikit mengenai selera mek orang (selera kami) di Sarawak. Sesiapa yang pernah berkunjung ke Sarawak dan merasai menu di atas, silalah berkongsi pandangan di sini dan pada sesiapa yang belum pernah ke Sarawak tetapi pernah rasa makanan Sarawak di Semenanjung, boleh juga kongsikan di sini. dannnnnnnn jugaaa... * ada lagi? 

Ye... ada lagi.. kepada sesiapa yang belum pernah pergi ke Sarawak, nanti kalau pergi ke Sarawak, cubalah menu-menu di atas. Boleh kongsikan pengalaman anda di sini juga ^^ hikhik~


Salam semua.


Papai.



SHA'S FAVORITE NUMBERS

Sedang asyik scroll blog sendiri, tetiba mata terpaku pada arah bawah sebelah kanan.




klik pada gambar untuk memontelkan gambar



Aik! nombor favorite sha la... cepat-cepat screen capture!


1..4..8..9... ni no fav saya sebab bersamaan dengan tarikh lahir saya 14hbln 09 1989...


Oit! ni bukan no ekor eh.. =.='  hehe..


Saya pasti anda juga mempunyai tarikh penting dan ia menjadi nombor kegemaran anda kan?  :)


Jom share kat sini ^^


Okay, Papai.




With love ;

TRY..TRYING.. TIRED..

Masa sem break yang lepas, saya dan adik ada cuba buat sendiri muffin cake *without paper cup 

Buat sebab nak menerai  buatan sendiri. Tak tahu la sedap ke tidak.. Saja nak try buat dan membazirkan  menggunakan tepung yang Mama beli.. hehe ^^



TADAAAAAAAAAAA!!






Ising kat atas muffin tu tak kemaskan? tak reti la nak buat.. ^^


Kesimpulannya ; suka tengok colour ising tu dan agak cedap juga rasanya.. hikhik.. Sebelum makan, sha lebih suka letak dalam peti ais dulu sebab nak bagi ising tu keras sikit.. Bila makan tak terasa sangat 'berminyak' ising tu.. 

Kebetulan, bapa ajak pergi rumah uncle petang tu.. dengan tidak membuang masa, Sha simpan dalam tupperware dan bawa pergi rumah uncle.

Budak-budak suka makan muffin ni sebab rasa manis.. *rasa manis kat ising 



Okie. Papai.


Sorry, rupa muffin tak elok mana. =.='







MY LIL SIS HOME MADE

Semalam, 11hbln 5 (Jumaat) adik saya dengan rasa rajin nya membuat Cake chocolate buat Mama tersayang.

Berbekalkan ilmu memasak  buku resepi yang ada, dia ikut arahan dalam buku resepi tu tapi.. kebanyakkannya buat hentam keromo je, katanya... hehe

Selepas je siap cake yang dia buat, dia terus hantar mms kat sha.. tersenyum sorang-sorang tengok gambar cake tu.. ^^

Rupa cake tu camna? 

jeng... jeng.. jeng....

.

.

.

.

.


.


.


.

klik kat gambar untuk memontelkan gambar. okie ^^







Walaupun agak messy dan agak tak menjadi, saya pasti Mama bukan lihat semua tu.. Sure, Mama terharu dengan cake choc yang adik buatkan.. 

Tak pa dik, pas ni kita try sekali lagi k? :)


Miss u lil sys n mama...





with Love ;

I BELIEVE, ALLAH ALWAYS BY MY SIDE




“BEFORE YOU ASK ALLAH SWT FOR WHAT YOU WANT, FIRST THANK ALLAH SWT FOR WHAT YOU HAVE“



+


=




xoxo