Syyhhh~ Silent Readers

**THANKS VISIT MY BLOG. PLEASE, LEAVE UR COMMENT AND FOLLOW ME ^^ TQ. **

Wednesday 25 April 2012

Fazilat Amal Ayat Kursi




Semua yang berlaku di alam ini adalah kehendak Allah swt.. Pasti ada hikmahnya... Sama ada yang halus atau yang kasar pandangannya, hanya Allah swt yang mengetahuinya.. Kita hanya mampu berserah dan redha atas segala kehendakNya.

Saya percaya, setiap doa mempunyai fazilat yang tersendiri. Bah kan ia membawa keberkatan dan memberikan kemudahan buat kita semua apabila mengamalkannya. Inilah kekuatan ISLAM.




Ayat kursi merupakan senjata yang saya pegang sampai ke hari ini. Saya yakin dan percaya dengan kuasa Allah swt. Kerana yakin akan perlindungan dari Allah swt, Alhamdulillah, saya dapat hidup berdikari jauh dari keluarga semata-mata kerana ilmu.

Allah swt yang menghidup dan mematikan hamba-hambaNya.. Allah tidak pernah tidur.. Allah memerhati dan mendengar setiap tutur bicara kita sama da di dalam hati atau secara lisan.


Benar, kuasa Allah swt tiada bandingannya... Berkat doa Kursi, saya dilindungi Allah..


Pernah suatu malam, saya membawa motosikal seorang diri balik ke rumah dari rumah makcik. Rasa takut dalam diri, hanya Allah swt saja yang tahu. Namun, setiap saat dan detik, mulut ini, terkumat-kamit  tidak  berhenti membaca ayat kursi. Dengan harapan, ada kereta atau kenderaan lain dibelakang saya agar saya tidak terlalu takut.

Subahanallah... Maha suci Allah... beberapa minit selepas itu, sebuah bas berada tepat di belakang saya. Dalam hati bersyukur tidak terkata. Setidak-tidaknya, rasa takut dalam diri dapat dikurangkan. Namun, terdetik dalam hati " kenapa bas ni tak overtake aku?". Bas tersebut tidak memotong saya, malah beriringan dengan saya sampai saya masuk ke kawasan rumah. Padahal, bas tersebut boleh memotong saya kerana jalan tersebut jalan lurus dan tidak ada kenderaan lain di jalan tersebut.

MashaAllah, saya sangat terharu dengan kebaikan hati driver bas tersebut seolah-olah memahami saya memerlukan seseorang untuk menemani.

Sesampainya di rumah, saya menceritakan kepada mak.

Saya percaya, Allah itu ada saat kita memerlukanNya dikala kita susah dan senang..

Allahualam... Wassalam..

Cerita Dream High ( Korean )



Anda peminat K-pop? mesti familiar dengan drama Dream High ni kan?

Saya mula terjebak dengan cerita Dream High ni selepas adik saya asyik tengok cerita ni je.
picture by google

Serius, mula-mula saya tak suka n anggap cerita ni entah apa-apa. Then, bila dah tengok dari mula sampai habis cerita, memang tak boleh tak tengok. Addicted dahhh...

Bila balik USM pertengahan bulan 4 tadi, dah tak dapat tengok sambungan cerita ni. *sob..sob..


Adik di rumah pulak, seronok tengok cerita ni sorang-sorang * ini tidak adil..tidak adil... mode, Yuna


picture by google
Sha rasa cerita ni ramai remaja-remaja di luar sana yang suka tengok kn?


Cara nak atasi masalah rabun

Hah?? masalah rabun dapat dipulihkan?? cer citer sikit..

Okay-okay camni...

Ada petua-petua dari nenek moyang dahulu dahulu dahulu dahulu kala *banyak nya dahulu.. bagi tips untuk memulihkan masalah rabun.

Saya tak pasti lagi sama ada cara ni berkesan ataupun tidak sebab saya tak pernah try lagi.

Apa-apapun, saya akan list down petua tersebut, okay..

Ni ha... petua nya..

picture by google
 Ambil sebiji kelapa dan ambil air kelapa tersebut.
Setelah itu, cuci mata anda dengan air kelapa dan amalkan lah selalu.
InsyaAllah, ia akan membantu masalah penglihatan kita.





***
Sha nak cuba try kalau dah balik kampung nanti.
Mana tahu, dengan izin Allah dapat mengurangkan masalah rabun ni.
Tak salah kita berikhtihar kan?

Anda semua yang ada masalah penglihatan (rabun) meh la kita try petua ni sama-sama. Kita tengok keberkesanannya nanti, okay?

sumber: petua nenek.com

Cerita Korea Boys Over Flower



Haha, cerita dah basi nak sharing mayring plak.. 


Okay, Sha tahu, cerita Korea ni, dah lamaaaaaaaaaaaaaaaaa dah sejak 2tahun lepas lamanyaaa... tapi saja ja nak berkongsi dengan anda semua.. hehe :D

Hero dalam cerita ni....

Lee Min Ho aka Gu Jun Pyo.. Rambut dia nampak sesuai dengan muka. Suka tengok dia dengan rambut camni.


picture by google


Awek Gun Jun Pyo dlm citer ni. Percaya atau tak, umur Koo Hye Sun lebih tua daripada Gun Jun Pyo n geng-geng dia yang lain. Tapi..  dia nampak muda n baby face. Geram tengok.


picture by google

Antara mereka berempat ni, anda prefer yang mana satu? Pilih jangan tak pilih.

Kim Joon, Kim Hyun Joong, Lee Min Ho dan Kim Bum

picture by google


Honestly, Sha suka tengok keakraban mereka bersahabat. Susah senang sentiasa bersama. Walaupun Gu Jun Pyo selalu timbulkan masalah sebab dikongkong oleh ibunya, tapi tak menjadi masalah buat mereka untuk tetap bersahabat baik :)

picture by google
Anda semua mesti dah tengok cerita ni kak? siap hafal lagik jalan cerita dia kan?? kan?? hehe.. okay, sha gurau je. Pendapat anda berkenaan cerita ini pulak bagaimana? cer citer skit :)

p/s : Rakan-rakan yang tak tengok lagi cerita ni, boleh tengok kat laman web http://maaduu.com/ 
Kat maaduu.com ni banyak cerita korea yang anda boleh tonton. Free lagi, tau. Tapi, bagi server internet yang slow, payah sikit nak bukak. So, kena ada power internet yang kuat perkasa, then baru boleh loading dengan aman dan tenteram.. hehe