Syyhhh~ Silent Readers

**THANKS VISIT MY BLOG. PLEASE, LEAVE UR COMMENT AND FOLLOW ME ^^ TQ. **

Saturday 21 April 2012

Anda Perlu Tahu! # 2


  • Kamera paling awal dicipta memerlukan seseorang beraksi selama lapan jam di depan kamera itu sebelum gambar dapat dirakamkan.
  • Anugerah Oscar mendapat namanya pada 1928 apabila Margaret Harrick, Pengarah Eksekutif Academy of Motion Picture Arts and Science USA mendapati bahawa ukiran patung manusia itu mempunyai rupa yang seiras dengan bapa saudaranya, Oscar.
  • Mahasiswa Universiti Colorado menamakan gril baru kafeteria di universiti tersebut sebagai `Gril Alfred Parker' sempena tindakan Alfred Parker mempraktiskan kanibalisma dengan memakan daging salah seorang kawannya.
  • Ais krim adalah makanan yang menjadi kegemaran kanak-kanak. Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui siapakah yang mula-mula menemui cara-cara membuat ais krim. Sebenarnya orang yang mula-mula menemui cara membuat ais krim ialah seorang lelaki berbangsa Perancis bernama Gerald Tissain dalam tahun 1620. Selepas penemuan tersebut, maka lahirlah pelbagai jenis perasa ais krim yang cukup melazatkan sehingga ke hari ini.
  • Gajah Afrika hamil selama 640 hari.
  • Raja Uganda, King Mutasa, dianggarkan mempunyai isteri seramai 7,000 orang.
  • Penglihatan kucing pada waktu malam adalah enam kali lebih baik dari penglihatan manusia.
  • Zirafah hanya tidur selama 20 minit dalam tempoh 24 jam dan ia tidak pernah duduk atau baring seumur hidup. Manakala beruang koala menghabiskan masa 22 jam sehari untuk tidur.
  • Mao Tse tsung tidak pernah memberus gigi sepanjang hayatnya. Beliau menggunakan air teh utk berkumur dan akan mengunyah daun teh mentah utk membersihkan giginya.
  • Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.
  • Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.


No comments:

Post a Comment