Syyhhh~ Silent Readers

**THANKS VISIT MY BLOG. PLEASE, LEAVE UR COMMENT AND FOLLOW ME ^^ TQ. **

Saturday 21 April 2012

Lotion Mustajab. Mujarab ke??



picture by Google
Lotion Mustajab merupakan produk yang dikeluarkan oleh Dunia Herbs. Mula-mula saya sekadar nak mencuba Lotion Mustajab Pati Limau Nipis & Halia  (kotak warna hijau muda) sebab effect lotion ni yang sejuk dan trust me. Tak sangka ia berkesan mengurangkan rasa sakit senggugut ketika menstruate (datang bulan).

Maaf. Saya bukan stokist untuk menjual barangan ni ataupun pengedar-pengedar yang terpilih tapi ini testimoni dari saya sendiri. Selain mengurangkan rasa sakit diakibatkan oleh senggugut, kalau kita kena gastrik atau badan masuk angin, InsyaAllah lotion mustajab ni dapat membantu. pastu mesti rasa nak buang angin je. Cubalah. Belum cuba, belum tahu.



Kegunaan Lotion Mustajab adalah untuk :
  • urutan seluruh badan
  • membakar lemak dan melangsingkan badan
  • mengurangkan selulit
  • menghilangkan rekahan pada perut dan punggung
  • melegakan sakit akibat senggugut
  • sakit otot dan sendi
  • kembung perut dan sakit belakang
  • menyingkirkan toksin
  • anti bakteria
  • kegunaan seisi keluarga

Cara untuk menggunakan Lotion Mustajab :
  • sapukan pada tempat yang bermasalah dan urut perlahan-lahan
  • boleh diguna sekerap yang mungkin
  • untuk kesan lebih cepat, sapukan setiap kali sebelum tidur
  • tidak berminyak dan mudah menyerap
  • kegunaan untuk luaran sahaja

AMARAN!!
  • tidak sesuai untuk bayi

Ramuan Produk :
  • Aqua, I-Hexadecanol Glycerine, Glyceryl Steorate, Peg-100 Steorate, Methyl Salicylate, Ceteoreth-20, Dimethicone, Menthol, Acefyline Methysilanol Mannurronote, Ginger Oil, Citrus Auratifolia (Lime)Peel Extract, Tocopheryl Acetate, Beeswax, Allantion, Magnesium Aluminium Silicate, Xanthan Gum, Peg-40 Hydrogenated Castor Oil, Phenaxyethanol, Methylparaben, Propylparaben, Butylparaben, Ethylparaben, CI19140, CI 42090.

No comments:

Post a Comment