Syyhhh~ Silent Readers

**THANKS VISIT MY BLOG. PLEASE, LEAVE UR COMMENT AND FOLLOW ME ^^ TQ. **

Saturday 21 April 2012

Air Minuman VS Air Mineral



Botol Air Minuman biasa dan Air Mineral?
Tahukah anda kedua-duanya mempunyai perbezaan?
Ya. Kedua-dua botol air minuman ini mempunyai perbezaan tetapi  apakah perbezaannya? Mari kita lihat.

Botol Air Minuman biasa (drinking water) 

picture by Google

Air minuman yang dibotol merupakan sumber bekalan air yang telah dirawat, melalui proses penyulingan dan dibotolkan. Dalam proses penyulingan beberapa elemen mineral ditambah pada air paip. Setelah menjalani proses pembersihan untuk menghilangkan bakteria dan bahan kimia dalam air, kandungan mineral juga turut berkurangan. Sumber air minuman ini adalah daripada bekalan air paip, air larian permukaan atau air bawah tanah. 

Dewasa ini, banyak jenama menggunakan teknologi terkini unutk dipasang di rumah iaitu air paip akan disalurkan melalui penapis yang agak mahal sehingga harganya mencecah ribuan ringgit. Kos penyelengaraan juga agak tinggi kerana penapis perlu ditukar secara berkala apabila sudah sampai masanya. Namun, memandangkan keadaan air paip kita hari ini telah teruk tercemar, penapis seperti ini sepatutnya menjadi keperluan penting di rumah untuk kegunaan makan, minum dan memasak.

Untuk mengenali botol minuman biasa (drinking water) ialah dengan melihat penutup botol tersebut. Selalunya, botol air minuman biasa ialah  PENUTUP YANG BERWARNA PUTIH.

Botol Air Mineral ( Mineral Water )

picture by Google


Air Mineral merupakan sumber air dari dalam tanah dan secara semula jadinya mempunyai kandungan mineral pepejal yang sangat tinggi merangkumi vitamin, silikon, kalsium, potasium dan sodium yang kesemuanya sangat seimbang. Ia melibatkan pelbagai prosedur yang teliti. Pemprosesan air mineral semulajadi perlu mengikuti standard yang telah ditetapkan dan disarankan oleh Bahagian 26, (Perintah 360A (7)), Akta Makanan 1985 oleh (Bahagian Keselamatan dan Kawalan Mutu Makanan). 

Antara prosedur tapisan awal yang dijalankan sebelum air mineral terbabit dipam ke tangki takungan adalah pengoksidaan menggunakan ozon. Air mineral terbabit kemudiannya ditapis menggunakan penapis berpasir, penapis karbon, penapis membran selain pembasmian kuman secara total sebelum proses pembotolan. Air yang dipam dari dasar tanah kebiasaannya hanya perlu menunggu kurang satu jam sebelum ia dibotolkan untuk memastikan air yang dibotol benar-benar segar. 

Selain itu, Air mineral sebenarnya mampu bertahan bertahun-tahun berbanding air minuman, melebihi jangka hayat dua tahun yang dipamerkan pada setiap botol. Air mineral juga mampu bertahan dalam tempoh yang lama jika penutupnya tidak dibuka dan tidak terdedah kepada cahaya matahari. Jangka hayat yang tertera hanyalah formaliti seperti yang ditetapkan oleh pihak berwajib.

Penutup botol Air Mineral pula selalunya BERWARNA. Misalnya, warna biru, hijau dan pink. 


Oleh itu, pengguna dinasihatkan merajin-rajinkan diri sebelum membeli ari minuman di dalam botol. Sila pastikan yang mana satu air minuman biasa dan air Mineral. Semoga info yang telah dikongsikan, memberi sedikit sebanyak maklumat dan selebihnya terpulang kepada diri kita sendiri. Jangan lupa untuk membaca label pada botol minuman tadi sama ada diLULUSkan oleh KKM ataupun sebaliknya. 


No comments:

Post a Comment