Syyhhh~ Silent Readers

**THANKS VISIT MY BLOG. PLEASE, LEAVE UR COMMENT AND FOLLOW ME ^^ TQ. **

Sunday 22 April 2012

Cermin Mata a.k.a Spek Mata


picture of Google
Apa itu cermin mata?

Cermin mata merupakan bingkai yang mempunyai galas kanta yang berada di depan mata, ia merupakan alat bantuan penglihatan, perlindungan mata, atau untuk perlindungan daripada sinaran UV.

Cermin mata moden lazimnya mempunyai pelapik pada hidung dan dan tangkal diletakkan pada telinga. Jenis terdahulu pula termasuk cermin mata letak, cermin mata sebelah, lornyet, dan cermin mata gunting.

Bingkai cermin mata biasanya dibuat daripada logam atau plastik. Kanta pada asalnya dibuat daripada kaca, tetapi kini ia dijadikan daripada jenis-jenis pelbagai plastik logam, termasuk CR-39 dan polikarbonat. Bahan-bahan ini mengurangkan bahaya retakan berbanding kanta kaca. Sesetengah plastik juga mempunyai lebih banyak ciri-ciri optik lebih menguntungkan daripada kaca, seperti penghantaran cahaya nampak lebih baik dan penyerapan lebih besar cahaya ultralembayung. Sesetengah plastik mempunyai satu indeks biasan lebih besar daripada kebanyakan jenis kaca; ia berguna dalam pembuatan kanta pembetulan dibentuk untuk pelbagai ketaknormalan seperti rabun jauh. 


Kanta plastik lebih baru, dipanggil izon, boleh juga memperbetulkan peringkat lebih tinggi yang sepatutnya terdapat dalam permukaan mata manusia. Kanta ini mewujudkan penglihatan lebih tajam untuk orang ramai yang mempunyai masalah penglihatan dengan membantu melihat dengan jelas. Muka gelombang berpandukan pembedahan LASIK juga membetulkan untuk penyimpangan peringkat lebih tinggi.



Ketika membaca maklumat tentang cermin mata di website, saya tertarik dengan informasi yang diberikan oleh satu laman web iaitu cara untuk kita memilih bentuk cermin mata sesuai dengan bentuk muka setiap individu. Jom baca.

picture by Google


1) Bujur sirih - amat bertuah kerana kebanyakan bingkai kaca mata sesuai digayakan selagi saiz bingkai berkenaan tidak terlalu besar daripada wajah.

2) Muka panjang - memiliki dagu dan pipi dengan kelebaran yang sama bererti bingkai perlu menutupi sebanyak mungkin bahagian tengah wajah bagi mengurangkan jarak panjang itu.

3) Muka bulat - pilihlah bingkai berbentuk lebar atau sudut tajam bagi mengurangkan bentuk bulat. Bingkai berbentuk empat segi tepat adalah paling ideal manakala warna gelap seperti hitam atau pastel juga dapat mengurangkan bentuk wajah yang bulat.

4) Muka empat segi - bingkai bentuk melengkung manakala pemegang bingkai perlu terletak sedikit tinggi daripada bahagian pelapis agar rahang tidak terlalu menonjol.

5) Muka bentuk hati - Bingkai nipis atau tanpa rim membantu mengimbangi bahagian bawah wajah. Pilihlah bingkai berbentuk empat segi pada bahagian bawah untuk diseimbangkan dengan bentuk wajah.




Muka sha bentuk bulat dan bingkai cermin mata saya berwarna hitam. Anda pula bagaimana? Bentuk muka anda berbentuk bujur sirih kah, muka panjang kah, muka bulat kah, muka empat segi kah atau muka bentuk hati? :)


Ingat lagi, saya mula memakai cemin mata umur 12 tahun. Sebab apa? sebab terikut-ikut jiran sebelah rumah yang memang sedia ada memakai cermin mata bukan sebab mata saya ni rabun. Sekarang, cermin mata jadi teman setia saya n degree mata dah naik. Saya dah tak boleh jauh dari cermin mata ni.  Padan muka. Siapa suruh gatal sangat nak pakai cermin mata. Dah, tak boleh menyesal dah. Amik kau! 

Sumber : cerita..ceriti..ceritu

No comments:

Post a Comment