Syyhhh~ Silent Readers

**THANKS VISIT MY BLOG. PLEASE, LEAVE UR COMMENT AND FOLLOW ME ^^ TQ. **

Sunday 22 April 2012

Cara Menggunakan Dental Floss

Hari tu doktor gigi mengesyorkan saya untuk menggunakan DENTAL FLOSS. Saya dimaklumkan oleh doktor gigi bahawa celah-celah gigi saya banyak karak gigi *eww dan menyebabkan keluar banyak darah ketika proses pencucian gigi dilakukan. Oleh itu, saya segera membeli dental floss difarmasi. 

Oral-B Satin floss yang sha beli

rupa satin floss dari dalam
Dental floss ni macam benang tapi bukan benang. Ia dicipta dengan lebih spesifik untuk membersihkan plak  atau karang gigi di kawasan celah-celah gigi .

Saya telah membaca beberapa tips dilaman web berkenaan cara untuk menggunakan dental floss ini. Dengan bbesar hati, saya ingin berkongsi maklumat ini dengan anda. Okay.

Bagaimana cara untuk menggunakan dental floss??


  • Tarik dental floss sepanjang 18 inci dan lilitkan dihujung jari anda. 
picture by google




  • Letakkan dental floss di antara celah-celah gigi anda. Apabila dental floss berada di atas batang gusi, lekukkan dental floss tersebut berlawanan dengan permukaan gigi seperti huruf C dan gerakkan ia ke atas, kebawah, depan dan belakang gigi. 
picture by google



  • Seterusnya, lakukan langkah seperti sebelumnya ke celah-celah gigi yang disebelah.

  • Sebaiknya, bersihkan gigi yang di depan dahulu dengan dental floss sebelum berpindah dengan gigi yang di belakang pula. 

Tadaa..! dah siap. Cam tu lah cara untuk menggunakan dental floss. Saya baru beberapa hari menggunakannya dan berpuas hati dengan dental floss. Ia amat berkesan untuk mengurangkan sisa-sisa plak yang tertinggal digigi walaupun selepas memberus gigi.

Semoga info ini memberikan manfaat kepada kita semua. 

No comments:

Post a Comment