Syyhhh~ Silent Readers

**THANKS VISIT MY BLOG. PLEASE, LEAVE UR COMMENT AND FOLLOW ME ^^ TQ. **

Saturday 12 May 2012

SELERA MEK ORANG

Kali ni teringin nak buat entri tentang makanan yang totally orang Sarawak buat.. Nampak macam simple tapi bagi saya ia sangat sedap, marveles, cantik menarik kau memang deBOM!!

Jom cekidaut!


1.  AYAM PANSUH aka MANUK PANSOH



picture by google



Buluh digunakan untuk memasak isi ayam yang ada di dalamnya. Isi ayam dan rempah ratus digaul rata dan diisi ke dalam buluh. Buluh akan dibakar atas bara api yang sederhana. Rasanya berbeza dengan kita membuat sup ayam kerana buluh memainkan peranan yang penting bagi membangkitkan rasa dan perisa isi ayam. 

picture by google

Ini merupakan gambar isi ayam yang telah masak dan boleh di hidangkan. Ia berwarna putih kekuningan. Mama saya berpendapat, jika kita 'memansuh' isi ayam kampung lebih seeedaaapp berbanding isi ayam daging tetapi isi ayam daging tetap sedap rasanya ^^

p/s : kepada rakyat Sarawak yang belum pernah merasa masakan ini - yobihhh.. rugi tak orang sik cerik koh.. nang antap aih!


2. UMAI aka SUSHI SARAWAK

picture by google

picture by google

Ha... ini merupakan makanan tradisi orang Melanau, Sarawak dan sekarang ramai yang menggemarinya. Gambar di atas ialah UMAI UDANG dan UMAI IKAN TENGGIRI. Kalau tidak salah, ada juga umai obor-obor. Namun, kebanyakkannya, umai udang dan umai ikan menjadi pilihan utama ^^

# Bawah ni cara untuk buat umai ikan tenggiri..

Campur bawang kecil ( 3 ulas ditumbuk ), bawang putih ( 3 ulas ditumbuk ) dan 
cili api ( 7/8 biji ditumbuk ) ke dalam isi ikan tenggiri ( dibuang tulang dan dipotong kecil ).

Masukkan jus limau kasturi (8/10 biji ambil jus dan kulit limau).

Gaul hingga sebati.

Campurkan hirisan bawang besar ( 2 biji dimayang halus ), halia ( setengah inci dihiris halus ) dan kulit limau kasturi tadi.

Akhir sekali campurkan garam secukup rasa dan gaul sekali lagi

So, Sedia untuk dimakan ^^





3. SAYUR MIDIN BELACAN GORENG

picture by google

Penyediaan nak goreng sayur ni sangat simple tapi superrrbbbbb seeedaaaappp! Sehingga menjilat jari~


4. TERUBUK MASIN

picture by google



picture by google

Pergh! yang ni ikan terpemes kat Sarawak. Kalau dengar je nama Sarawak, pasti yang bermain diminda 'IKAN TERUBUK MASIN' kan? Sebab Sarawak terutamaya di Kuching Utara, Pasar Satok PENGEDAR TEGAR ikan terubuk ni. hehe.. Di sini juga terdapat pelbagai jenis saiz ikan terubuk yang boleh dibeli dengan harga yang berpatutan. Selain itu, penyediakan pembungkusan ikan terubuk untuk hantar dan pos ke Semenanjung Malaysia juga ada ^^


5. MEE LAKSA SARAWAK

picture by google
picture by google

Laksa Sarawak memang pemes di negeri Bumi Kenyalang kerana rasa dan kepekatan kuahnya yang seeedaap *orang Sarawak cakap - nyaman.. Tetapi ia juga bergantung pada satu-satu kedai. Ada yang rasanya memang superb and ada juga kuahnya agak cair dan kurang rasa. Apa-apa pun, kalau singgah kat Sarawak, try la rasa Laksa Sarawak. Dulu, saya tak suka laksa Sarawak sebab kuahnya yang terlalu pedas dan pekat tetapi sekarangggg?? jadik HANTU LAKSA!


6. MEE KOLOK

picture by google
Berkunjung ke Sarawak, try dulu mee kolok ni. Nampak macam simple kan? tapi rasanya? sedap tau. Jangan tengok dan dengar pada namanya yang pelik. tapi cuba pada rasanya yang KAWW!


7. MEE JAWA

picture by google

Jeng..jeng..jengggg!! ni diaaaaa meeeee terfeveretttt semesta alam! Saya suka sangat makan mee jawa ni. Setiap kali Mama ajak keluar pergi ke pasar hujung minggu, saya akan pekena mee jawa. Di tempat saya Betong, Sarawak, banyak kedai yang menyediakan mee jawa tetapi ada satu gerai, kalau sebut saja gerai Manap, orang di kawasan tu semua tahu . Selalunya, sesiapa yang nak makan mee jawa akan pergi ke gerai Manap sebab rasa makanan nya yang sedap dan mee jawa nya A+++

.
.
.
.
.

Ya Allah.. masa tengah buat entri ni tengok makanan buat saya nak meleleh air liur pulak. isk! hehe ^^ tapi serius, menu-menu yang ada ni memang sedap tetarik kau memang deeebom!


Ok, done! Panjang pulak entri kali ni. Ni lah serba sedikit mengenai selera mek orang (selera kami) di Sarawak. Sesiapa yang pernah berkunjung ke Sarawak dan merasai menu di atas, silalah berkongsi pandangan di sini dan pada sesiapa yang belum pernah ke Sarawak tetapi pernah rasa makanan Sarawak di Semenanjung, boleh juga kongsikan di sini. dannnnnnnn jugaaa... * ada lagi? 

Ye... ada lagi.. kepada sesiapa yang belum pernah pergi ke Sarawak, nanti kalau pergi ke Sarawak, cubalah menu-menu di atas. Boleh kongsikan pengalaman anda di sini juga ^^ hikhik~


Salam semua.


Papai.



8 comments:

  1. sume nampak best2...tetiber perut yang penuh ni jadi lapar balik! hukhuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. betul2.. msa sha tgah wat entri ni pn buat perut rsa laparrr ^^

      Delete
  2. wahhh. sushi sarawakkk. alu rasa mk mkn bnda ya jak ehhhhh. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. @ Han - aik! bestfwen kmk da ctok duhal.. hehe..

      Jum2 mam sushi swk ^^

      *mentang2 kta 2 xdiam cnun owh.. alu mcm2 d idam.. lak kita mam mee jawa keh? hikhik

      Delete
  3. semua nampak menyelerakan..rasa nak pegi sarawak pulak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom g Swak.. try 1 mknn di atas cik kaishin ^^

      Delete
  4. balas kunjungan! wah! banyak nya makanan! insyaAllah ada rezeki mmg nak pergi bumi Sarawak ni! Boleh try sume menu ni! hehe! dah follow awak! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin... nnti kalau g Swak, gtau sha k. hikhik.. boleh try sume menu ni... mekasih dh follow sha Cik Niswatus ^^

      Delete