Perkebunan Myrtles |
Dibangunkan pada tahun 1796 oleh Jeneral David Bradford,
rumah tua ini dikatakan dihuni oleh beberapa hantu. Menurut beberapa para pengkaji, sebanyak 10 pembunuhan berlaku di rumah
tersebut tapi pengkaji lain seperti Troy
Taylor dan David Wisehart mengesahkan hanya
1 pembunuhan yang terjadi di Myrtles.
Walau bagaimanapun, kedua pengkaji tersebut mengakui bahawa
tempat tersebut benar-benar berhantu dan dapat dikategorikan sebagai salah satu
tempat yang paling berhantu di dunia. Beberapa hantu yang dikatakan menghantui
rumah tersebut ialah…
- Cleo, seorang budak yang mati digantung kerana didakwa membunuh 2 orang gadis kecil (kes pembunuhan tersebut dan keberadaan Cleo masih belum diketahui)
- Hantu-hantu dari kedua-dua gadis yang terbunuh tadi juga dikatakan menampakkan diri bermain2 di beranda rumah.
- William Drew Winter yang tinggal di Myrtles dari tahun 1860 hingga 1871 telah mati ditembak di tepi serambi rumah oleh orang tidak dikenali. Dengan keadaan yang lemah longlai dan bercucuran darah, Winter masuk ke dalam rumah dan mencuba menaiki tangga ke lantai dua tapi tidak berhasil. Akhirnya dia terjatuh dan sera merta meninggal di tangga ke-17. Langkah2 kakinya menaiki tangga sebelum meninggal khabarnya masih terdengar sehingga hari ini. (Hanya kematian Winter yang sudah disahkan)
- Hantu2 dari budak2 yang lain sesekali menampakkan diri untuk menanyakan sekiranya ada pekerjaan di rumah yang boleh mereka bantu.
- Piano besar dalam rumah tersebut juga seringkali terdengar memainkan nada2 yang sama berulang kali dengan sendirinya.
No comments:
Post a Comment