Botol Air Minuman biasa dan Air Mineral?
Tahukah anda kedua-duanya mempunyai perbezaan?
Ya. Kedua-dua botol air minuman ini mempunyai perbezaan tetapi apakah perbezaannya? Mari kita lihat.
Botol Air Minuman biasa (drinking water)
picture by Google |
Air
minuman yang dibotol merupakan sumber
bekalan air yang telah dirawat, melalui proses penyulingan dan dibotolkan. Dalam proses penyulingan
beberapa elemen mineral ditambah pada air paip. Setelah menjalani proses
pembersihan untuk menghilangkan bakteria dan bahan kimia dalam air, kandungan
mineral juga turut berkurangan. Sumber air minuman ini adalah daripada bekalan air paip, air
larian permukaan atau air bawah tanah.
Dewasa ini, banyak jenama menggunakan teknologi terkini unutk dipasang di rumah iaitu air paip
akan disalurkan melalui penapis yang agak mahal sehingga harganya mencecah ribuan
ringgit. Kos penyelengaraan juga agak tinggi kerana penapis perlu ditukar
secara berkala apabila sudah sampai masanya. Namun, memandangkan keadaan air
paip kita hari ini telah teruk tercemar, penapis seperti ini sepatutnya menjadi
keperluan penting di rumah untuk kegunaan makan, minum dan memasak.
Untuk mengenali botol minuman biasa (drinking water) ialah dengan melihat penutup botol tersebut. Selalunya, botol air minuman biasa ialah PENUTUP YANG BERWARNA PUTIH.
Air Mineral merupakan sumber air dari dalam tanah dan secara semula jadinya mempunyai kandungan mineral pepejal yang sangat
tinggi merangkumi vitamin, silikon, kalsium, potasium dan sodium yang
kesemuanya sangat seimbang. Ia melibatkan pelbagai prosedur yang teliti. Pemprosesan air mineral semulajadi perlu mengikuti standard yang telah ditetapkan dan disarankan
oleh Bahagian 26, (Perintah 360A (7)), Akta Makanan 1985 oleh (Bahagian
Keselamatan dan Kawalan Mutu Makanan).
Antara
prosedur tapisan awal yang dijalankan sebelum air mineral terbabit dipam ke
tangki takungan adalah pengoksidaan menggunakan ozon. Air
mineral terbabit kemudiannya ditapis menggunakan penapis berpasir, penapis
karbon, penapis membran selain pembasmian kuman secara total sebelum proses
pembotolan. Air
yang dipam dari dasar tanah kebiasaannya hanya perlu menunggu kurang satu jam
sebelum ia dibotolkan untuk memastikan air yang dibotol benar-benar segar.
Selain itu, Air
mineral sebenarnya mampu bertahan bertahun-tahun berbanding air minuman,
melebihi jangka hayat dua tahun yang dipamerkan pada setiap botol. Air
mineral juga mampu bertahan dalam tempoh yang lama jika penutupnya tidak dibuka dan
tidak terdedah kepada cahaya matahari. Jangka hayat yang tertera hanyalah
formaliti seperti yang ditetapkan oleh pihak berwajib.
Penutup botol Air Mineral pula selalunya BERWARNA. Misalnya, warna biru, hijau dan pink.
Oleh itu, pengguna dinasihatkan merajin-rajinkan diri sebelum membeli ari minuman di dalam botol. Sila pastikan yang mana satu air minuman biasa dan air Mineral. Semoga info yang telah dikongsikan, memberi sedikit sebanyak maklumat dan selebihnya terpulang kepada diri kita sendiri. Jangan lupa untuk membaca label pada botol minuman tadi sama ada diLULUSkan oleh KKM ataupun sebaliknya.
No comments:
Post a Comment