Syyhhh~ Silent Readers

**THANKS VISIT MY BLOG. PLEASE, LEAVE UR COMMENT AND FOLLOW ME ^^ TQ. **

Friday, 11 May 2012

VIDEO PENDERAAN BAYI TERSEBAR!!

YA ALLAH..! sebak hati ni bila tengok video bayi yang di dera tersebar baru-baru ni. Ramai yang mengatakan bayi tersebut didera pada tahun lepas ( 2011 ) dan telah di upload di Youtube oleh 'seseorang'.

Tak tahu la apa nak jadi dengan zaman sekarang. Banyak kes-kes penderaan bayi berlaku dan ada juga yang tidak mengambil endah tentang perkara ini.

Sedangkan haiwan sayangkan anaknya sendiri walaupun tidak punya akal... Kenapa manusia yang punya akal dan minda pula bersifat kejam semata-mata mahu memuaskan kehendak amarah dirinya sendiri?? Bukankah mereka tahu ANAK itu amanah dari Allah s.w.t.

Memang, walaupun kes ini sudah lama berlaku, tetapi saya yakin sesiapa sahaja yang melihat video penderaan bayi tersebut akan berasa geram dan kalau boleh nak menyepak menerajang balik perempuan tu.

Kesian bayi tu.......................................................... :'( Tangisan dan rayuan darinya tak membawa apa-apa rasa kasihan dalam diri emaknya..

Kalau tak mahu jaga anak, bagi kat orang yang nak punya anak!! Buat sakit hati ja.

Yang merakam video tu pulak, sama BODOH macam perempuan tu. Dok panggil dan halang guna mulut sahaja buat apa??? Kalau nak dijadikan bukti sekalipun, rakamlah sekejap saja masa perempuan tu pukul bayi tu. Yang ENGKAU RAKAM SAMPAI 4MINIT TU KENAPA???? Cuba kau sendiri rasa kena belasah selama 4minit dan orang rakam apa yang orang dah buat kat kau n cuma menghalang guna mulut sahaja?? Apa kau rasa???? *astaghfirullahalazimmmm.. molah aku sakit aty jak kwu ya! 




Yang ni saya petik dari laman http://www.hmetro.com.my/articles/2012051104293520120511042935/Article yang memberikan penerangan daripada kak nor ( orang yang merakam video ) ....


KUALA LUMPUR: “Saya membuat rakaman semata-mata untuk diserahkan kepada polis kerana saya sudah tidak tahan melihat bayi itu kerap dikasari ibunya. Jadi, jangan kata saya bersubahat (mendera) atau tidak bertimbang rasa.”

Itu penjelasan wanita dikenali sebagai Noor yang merakam adegan seorang bayi perempuan berusia 10 bulan didera ibunya dan rakaman video itu dimuat naik dalam Internet kelmarin, sekali gus menimbulkan kemarahan orang ramai.

Harian Metro semalam menyiarkan berita mengenai adegan rakaman video berkenaan serta kenyataan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed yang kes itu berlaku Mei tahun lalu dan ia sudah disiasat polis, malah ibu terbabit sudah dijatuhi hukuman penjara 18 bulan.

Noor, 30-an, berkata, dia tidak tahu siapa yang memuat naik rakaman video itu dalam Internet dan sedih apabila sebahagian besar maklum balas pengguna Internet mengenainya menyalahkan dia kerana dianggap bersubahat apabila tidak menyelamatkan bayi itu daripada didera ibunya.


“Itu ikhtiar terakhir saya untuk selamatkan bayi berkenaan. Saya sangat sedih kerana sebelum itu sudah empat kali wanita terbabit yang juga rakan saya memukul bayinya dengan teruk termasuk menghumban ke dinding,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Petaling Jaya.



Apa pula kata anda???









No comments:

Post a Comment