7 MEI 2012. Saya pasti semua tahu tarikh tersebut, tarikh keputusan UPU keluar. Tarikh tersebut membawa kenangan 3 tahun lepas. Ya. 3 tahun dahulu..
Ingat lagi, saya sangat gelisah menunggu keputusan UPU keluar. Serius, saya tak berharap 100% sama ada dapat masuk U atau sebaliknya. Saya rasa saya tidak layak untuk dapat semua tu. Cuma ada 'secubit' harapan dalam hati ni nak masuk U. Sekadar harapan kosong yang tidak pasti.Sebab saya lepasan Form 6 dan pointer cuma cukup-cukup makan sahaja tapi masih boleh buat Mama dan bapa gembira dan bahagia dengan anaknya ini.
Tibalah waktu yang ditunggu-tunggu. Saya dan kawan saya (Patricia) pergi ke CC (cyber cafe) untuk 'mengecheck' keputusan UPU. Ya. Masa itu, saya masih belum ada broadband seperti sekarang. Laptop dah ada, cuma untuk connect internet di kawasan rumah saya tak dapat lagi sebab kawasan jauh dari pekan.
Sesampainya di CC, saya dan Pat segera 'mengecheck' nama. Pat BERJAYA!! Nama dia tersenarai dapat masuk IPTA di UM. Ya Allah... masa tu saya makin gelisah selagi-lagi saya tidak tahu keputusan nasib saya pula.
Bila dah check?? Jiwa rasa kosong. Hati rasa tak tentu hala. Otak ligat berfikir macam-macam. "AKU TAK DAPAT.... YA ALLAH... AKU TAK DAPAT... KUATKAN HATI KU YA ALLAH.." Ya. Saya tak dapat masuk ke IPTA. Bermacam-macam perkara yang saya fikir.. Wajah Mama.. wajah Bapa... Kedua wajah mereka datang silih berganti.. kecewa sangat.. badan rasa lemah longlai.. Saya rasa kalau ada orang tampar muka saya masa tu memang saya tak rasa apa-apa. Kosong... Semua rasa kosong.....
Pat cuba menenangkan hati saya. Tak apa Pat. Saya redha.. Mungkin dah ketentuan Allah buat saya. Tahniah Pat, awak berjaya dan awak memang layak dapat sebab awak pelajar kedua terbaik STPM di sekolah.
Kaki melangkah pergi... melangkah pergi pulang ke rumah membawa berita hampa... " macam mana aku nak beritahu Mama dan Bapa? Ya Allah.. aku kecewakan mereka untuk sekian kali nya.. Maafkan kakak Ma.. Maafkan kakak, Bapa... Kakak dah menghampakan bapa dan mama... Ya Allah... berikan aku sedikit kekuatan untuk berhadapan dengan mereka.. "
Kini, aku di muka gate rumah. Membuka gate dengan tenaga yang lemah dan berkecamuk. Mama di dapur. Membuat makan tengahari untuk kami. Mukanya senyum bila melihatku. Saya pasti. soalan yang apa yang akan ditanya oleh Mama terlebih dahulu. Sebelum dia tanya, lebih baik aku beritahu terlebih dahulu.. " Ma, kakak dah check dengan pat keputusan masuk U tadi.... Ma, kakak tak dapat............ Kakak minta maaf Ma..."
"Tak dapat??" Mama menjawab. Dia memberi senyuman. Tapi saya tahu, di sebalik senyumannya, dia kecewa dengan keputusan itu. Bapa mendengar dari jauh. Saya melihat muka bapa. Hati ini makin sayu. Sebab dah kecewakan orang tua. " Bapa, kakak tak dapat.. satu pun tak dapat.. kakak kecewa, bapa... Maafkan kakak.. " Dapatku rasakan air mata ku mula mengalir.. mengalir jatuh ke pipi ku.. membawa berita yang saya percaya kedua orang tua ku akan kecewa mendengarnya.
" Tak apa. Bukan rezeki. Nanti kakak cuba buat rayuan. Mungkin ada rezeki buat kali kedua? Mama dan bapa tahu, InsyaAllah ada.. tapi mungkin bukan sekarang." Alhamdulillah... bapa tidak marah. malah kata-katanya memberikan saya semangat. Walau bukan banyak, sekurang-kurangnya sedikit.
Saya segera membuat rayuan dengan harapan mungkin ada rezeki buat kali kedua. Namun tidak berharap sepenuhnya kerana saya tahu ada yang lebih layak. Di rumah, Saya dan rakan sekolah saya, Bay saling membalas text.. Dia memberitahu dia dapat surat tawaran daripada USM. Seorang lagi rakan saya juga begitu. Ya Allah.. bahagianya mereka. Saya bila lagi dapat merasakan perasaan yang sama?
Hari demi hari berlalu... saya mendapat text 'separuh' dari 'somebody' tapi yang di tulis di situ '' 11800, Minden, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang" Apa nih?? tak faham.. tapi saya tetap ingin tahu. hati bersebar-debar. Full text complete. Hah??????!!!! Apa nih??? Ya Allah.... Mama!!!!!!!! Segera saya mencari Mama. Sedang Mama asyik dibuai mimpi dan rehat pada waktu petang itu, terkejut dan terjaga mendengar teriakan saya..
"Mama.. mama!! kakak dapat mesej.... kakak dapat mesej dari USM, Ma!! "
"USM cakap apa??" =_= '
"Ma....! kakak dapat tawaran belajar ke USM!! Ma!! kakak dapat masuk U!!!!!! Ya Allah... Ma..."
Mama menangis dan segera memeluk saya.. Ya Allah, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya masa itu. Suka, gembira, sedih, hiba dan keliru.. semua bercampuar gaul. Saya suka dan gembira sebab dapat apa yang saya ingini. saya sedih dan hiba, sekiranya benar saya dapat ke USM, saya terpaksa berpisah jauh dari keluarga. Saya keliru kerana??? Saya masih tidak yakin akan kesahihan berita tersebut. Sebab USM masa tersebut, mempunyai masalah teknikal berhubung senarai nama kemasukan pelajar ke USM dan berlaku banyak salah faham.
Saya berkali-kali membuat panggilan ke USM untuk mengetahui kesahihan text yang saya dapat tadi. Benar. Nama saya ada tersenarai dan saya di tawarkan untuk mengambil jurusan Sains Kemasyarakatan. Alhamdulillah, saya redha dan bersyukur dengan semua ini.
Segera menelefon bapa yang sedang bekerja di Miri. Ya, bapa saya bekerja jauh dari keluarga demi mencari sesuap nasi untuk keluarga kami. Saya pasti, bapa akan gembira mendengar berita ini. Benar sangkaan saya. Saya dapat mendengar kegembiraan nada suara bapa. Bapa terus menempah tiket penerbangan ke Pulau Pinang untuk kami sekeluarga sebab tarikh mendaftar makin dekat.
Keesokkan harinya, bapa balik ke rumah (Betong). Kasihan bapa. Terpaksa bawa kereta 8jam untuk sampai ke rumah. *kalau naik bas 12jam. Bapa membuat kenduri kecil (doa selamat) untuk meraikan berita baik tersebut. Semua ahli keluarga dijemput ke rumah.
Tarikh pendaftaran ke USM kini hampir. Saya dihantar oleh Mama, bapa dan adik ke Pulau Pinang. Seronok sebab mereka semua ada. Tapi sedih nanti mereka balik ke Sarawak, jarang dapat berjumpa.
Alhamdulillah, kini saya dah di Pulau Pinang selama 3 tahun. 3 tahun yang memberikan 1001 kenangan yang takkan saya lupakkan sebagai pelajar yang merantau. Dan selama 3 tahun inilah yang saya nantikan demi benar-benar menggenggam segulung ijazah. InsyaAllah, saya akan tamat pengajian di sini hujung bulan 6 nanti. Doakan kejayaan saya ya.
Kepada rakan-rakan yang di luar sana, percayalah, akan ada sinar yang datang walaupun kita kena berhadapan dengan kilat permulaannya. Janganlah putus harapan dan percayalah Allah ada semasa kita susah dan senang. Dan... semasa kita susah dan senang orang yang benar-benar ada untuk kita ialah kedua-dua orang tua kita. Merekalah semangat kita.
Bagi yang tidak dapat ke IPTA, jangan khuatir, akan ada rezeki yang lebih baik dari itu dan dapat membahagiakan anda suatu hari nanti. Percayalahhh.. Anda terbaik untuk diri anda.
Wassalam.
with love ;
betul..betul..betul..hee
ReplyDeletekan?kan? hehe ^^
Deletehi sis =) am so proud of you...and you're about to end up all those hopes as a degree holder...congrates. may Allah ease your journey.
ReplyDeleteThnks a lot sys... InsyaAllah.. May Allah blessing us ^^
Delete